fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Berkhatan Zakar Tenggelam, Boleh ke? 

 June 3, 2019

By  Dr Hasbi

Berkhatan Zakar Tenggelam Berisiko

Boleh ke berkhatan zakar tenggelam? Itulah persoalan ibu bapa bila menjelang cuti sekolah. Zakar tenggelam (buried penis/hidden penis) biasanya berlaku dikalangan anak-anak obes. Kadang-kadang boleh juga tidak obes.

berkhatan zakar tenggelam

Anak yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko mengalami masalah ini. Zakar tenggelam terjadi apabila zakar didapati tenggelam di kawasan ari-ari. Ada juga kanak-kanak yang tidak obes tetapi mempunyai lapisan lemak yang tebal di bahagian ari-ari. 

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah ini dinasihatkan ibu bapa agar tidak terburu-buru untuk melakukan khatan keatas mereka. Lebih baik minta nasihat daripada doktor pakar terdahulu. Ini kerana jika berkhatan pada ketika ini ia agak berisiko.

Berkhatan dengan teknik apa pun ia tetap berisiko. Tidak kira samada cara biasa, cara laser ataupun clamp. Ini kerana zakar yang tenggelam bila dikhatankan ia tetap tenggelam dan kulit kulup yang dipotong akan menutup kepala zakar.

Akibatnya, luka khatan tidak dapat dibersihkan dengan sempurna dan berisiko mendapat jangkitan kuman serta berparut. Luka khatan bila berparut menyebabkan bukaan hujung menjadi sempit dan boleh menyebabkan phimosis.

Jika sebelum khatan kanak-kanak itu boleh kencing tanpa masalah tetapi selepas berkhatan dia menjadi sukar untuk kencing kerana tiada kulit kulup yang menyalurkan air kencing. Jadi dia perlu menekan bahagian ari-ari untuk mengeluarkan zakar bila kencing.

Rawatan Disarankan:


1.

KURANGKAN BERAT BADAN.  Penurunan berat badan juga akan menyebabkan ketebalan lemak pada bahagian ari-ari berkurang dan membolehkan zakar terkeluar dan kelihatan normal.

2.

BERKHATAN. Berkhatan cara khusus boleh dilakukan oleh doktor pakar bedah. Boleh dilakukan di klinik dengan bius setempat jika tidak serius seperti hanya sebahagian zakar yang tenggelam. 

3.

PEMBEDAHAN KHUSUS membaiki struktur dalaman yang memegang zakar. Ini hanya dilakukan oleh doktor pakar bedah dengan bius tidur. Ia termasuklah membuang kulit kulup atau menampal kulit dengan cara 'skin graft'. 

Risiko Terlebih Potong

Bersunat ketika zakar tenggelam berisiko kulit terpotong terlalu banyak sehinggakan tiada kulit yang tinggal. Kemungkinan tok mudim tersilap mengagak jumlah kulit yang patut dibuang kerana kepala zakar didalam badan.

Jika tersilap lebih potong maka pembedahan khusus oleh pakar bedah perlu dilakukan. Kulit dari bahagian lain seperti celah peha diambil dan ditampal ke batang zakar. Ini dipanggil 'skin graft'.

Dapatkan konsultasi percuma sekiranya anak anda mempunyai masalah zakar tenggelam. Hubungi 03-5882 3894 atau wasap ke 012-343 3661.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>