Berkhatan Merawat Fimosis Dengan Berkesan
Berkhatan adalah cara yang paling berkesan untuk merawat masalah fimosis (phimosis) atau zakar buta. Fimosis menjadi punca pelbagai masalah seperti jangkitan saluran kencing.
Fimosis, phimosis atau biasa dipanggil zakar buta adalah keadaan di mana kulup tidak dapat ditarik (ditarik ke belakang) dari sekitar hujung zakar. Rawatan perlu dilakukan segera sekiranya ia menyebabkan komplikasi.
Fimosis yang ketat sering terjadi pada bayi lelaki yang tidak disunat, tetapi biasanya berhenti menjadi masalah pada usia 3 tahun. Kadang-kadang fimosis kekal sehingga usia dewasa.

Fimosis (phimosis) juga sering terjadi akibat parut yang terhasil daripada luka atau bekas jangkitan kuman pada kulit kulup. Jenis ini ia dikenali sebagai fimosis sekunder (secondary phimosis).
Fimosis sekunder perlu rawatan segera agar ia tidak menjadi lebih serius dan meninggalkan parut yang kekal pada kepala zakar. Parut kulit kulup melekat pada kepala zakar dengan kuat dan mencacatkan zakar.

Tanda-Tanda Fimosis
- 1Kulit kulup tidak boleh tarik buka kepala zakar
- 2Lubang kencing sempit sehingga sakit bila kencing
- 3Jika dewasa ia terasa sakit dan sukar lakukan hubungan kelamin
Kesan Jika Fimosis Tidak Dirawat
Pada kebanyakan lelaki, fimosis bukanlah masalah yang serius dan tidak memerlukan rawatan. Ramai juga lelaki dewasa yang mempunyai fimosis tetapi tidak mengalami sebarang masalah dari segi hubungan seksual.
Biasanya mereka datang untuk berkhatan atas alasan kebersihan. Kadang-kala isteri yang meminta mereka berkhatan kerana zakar tidak bersih dan berbau busuk terutama ketika hubungan intim.
Ada juga kes fimosis yang tidak serius tetapi ketika ereksi kulit kulup menjerut kepala zakar. Keadaan ini dipanggil parafimosis. Jika tidak dirawat segera ia boleh menjadi sangat bahaya dan perlu rawatan kecemasan.

Jika parafimosis tidak dirawat dengan segera, kepala zakar akan membengkak dan sangat sakit. Akhirnya boleh menjadi rosak secara kekal kerana bekalan darah tidak sampai ke bahagian kepala zakar.
Berkhatan Merawat Fimosi dan Parafimosis
Masalah fimosis dan parafimosis biasanya turut mempunyai masalah frenulum breve, iaitu frenulum pendek. Frenulum adalah tisu elastik yang menghubungkan kepala zakar dan kulit kulup.
Kebanyakan kes apabila berkhatan satu prosedur tambahan perlu dibuat untuk memanjangkan frenulum agar masalah berkaitan frenulum breve dapat diatasi, contohnya kebersihan dan rasa tidak selesa.
Bagi kes-kes fimosis dan parafimosis yang serius disarankan berkhatan menggunakan kaedah stapler atau cincin untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman serta cepat sembuh.