Pilih Stapler Untuk Berkhatan Kali Kedua



Terima kasih Encik P kerana mempercayai saya untuk membaiki kulit zakar beliau. Beliau datang berjumpa saya kerana mahu berkhatan kali kedua. Alasannya, beliau dapati kesan parut setelah bersunat setahun lalu adalah sangat hodoh serta masih terdapat kulit kulup yang terlebih.
Sudah lama beliau mencari doktor yang boleh perbaiki zakarnya dengan berkhatan menggunakan alat stapler kerana beliau sudah trauma dengan jahitan. Memang bersunat guna alat stapler agak sukar ditemui. Jika ada di hospital swasta kosnya sehingga mencecah RM2000.
Berpuashati Dengan Hasil
Selang sehari selepas berkhatan, Encik P datang untuk buka balutannya. Lukanya kemas dan bersih. Beliau sangat berpuashati dengan hasilnya. Sunat guna alat stapler ni sangat cepat, hanya perlukan 3 minit saja dah selesai. Selain tidak menyakitkan dan cepat sembuh.


“Terima kasih doktor, kerana menjadikan alat sulit saya semakin menarik.”
Encik P
Boleh ke Berkhatan Dua Kali?
Berkhatan kali kedua tidak disarankan jika semata-mata bertujuan membuang parut yang hodoh. Ini kerana jika kulit yang menutupi zakar dipotong, sudah tentu kulit hujungnya menjadi semakin pendek.
Keadaan ini bahaya kerana apabila terjadi ereksi, batang zakar yang menegang tidak dapat keluar dengan sempurna kerana tidak cukup kulit. Ia boleh menjadi sakit dan mungkin menjadi bengkok apabila ereksi.
Jangan bimbang dengan keadaan zakar yang kelihatan hodoh. Bukannya untuk ditayang kepada orang ramai. Redalah seadanya, yang penting, anda sudah berkhatan dan yakin dengan kebersihannya.
Ada kepercayaan dikalangan lelaki berusia yang kononnya bersunat kali kedua boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Ini mengarut kerana jika banyak kulit dipotong zakar akan menjadi pendek.
“Kononnya berkhatan sekali lagi dapat mengembalikan ereksi yang mantap, menyembuhkan mati pucuk dan pancutan pra-matang sebenarnya mengarut.”

Namun dalam kes Encik P, beliau sesuai untuk berkhatan sekali lagi kerana terdapat kulit kulup yang masih panjang. Kulit hujungnya masih ditarik menutupi kepala zakar walaupun ketika ereksi penuh. Bersunat sekali lagi tidak akan menimbulkan masalah.
Anda Punyai Masalah Sama?
Mungkin berkhatan kali kedua penyelesaiannya.