
Mahu Buang Tindik Kemaluan
Encik Zuk sudah bosan dengan tindik-tindik yang ada pada alat kelaminnya. Sekarang dia mahu berkhatan dan buang semua tindik yang dipasang pada kemaluan beliau.
Dia adalah warganegara Thailand dan bekerja di sini. Masih bujang dan aktif hubungan seks dengan ramai pasangan. Semua prosedur memasang tindik dilakukannya di Thailand.
Semua tindik, subang dan bebola bawah kulit dipasang untuk untuk dilihat lebih cantik dan mengghairahkan. Selain ia dapat memberi lebih kepuasan seks kepada pasangannya diranjang.
Menurutnya ramai wanita menyukainya tetapi tidak bagi teman wanitanya. Teman wanitanya lebih suka yang asli dan mementingkan kebersihan. Disebabkan itu dia mahu berkhatan dan buang tindik kemaluan.

"Tindik alat kelamin samada lelaki atau wanita adalah semata-mata untuk meningkatkan ghairah seks dan keseronokan hubungan kelamin."
Khatan Guna Stapler
Walaupun Encik Zuk bersetuju untuk berkhatan dan buang semua tindik kemaluannya. Dia tidak mahu berkhatan cara biasa kerana tidak mahu mempunyai parut yang hodoh.
Oleh sebab itu dia datang ke sini setelah mendapat tahu disini ada khatan kaedah stapler. Kaedah terkini tanpa jahitan, pantas dan cepat sembuh. Paling penting bila sembuh parutnya kemas dan cantik.
Pantang Hubungan Kelamin
Ketika Encik Zuk sudah bersedia di atas katil untuk berkhatan tiba-tiba dia mendapat mesej bertalu-talu daripada teman wanitanya.

Rupanya mereka sudah merancang untuk bercuti bersama ke Taiwan pada minggu hadapan. Tiket penerbangan sudah dibeli. Teman wanitanya memujuk agar dia menunda berkhatan sehingga balik bercuti.
Disebabkan dia sudah nekad untuk berkhatan pada hari itu maka diteruskan juga. Walaupun terpaksa 'berpantang' sehingga sekurang-kurangnya sebulan. Agak berat bagi seseorang yang aktif seks seperti dia sebenarnya.
Berpantang sebulan itu dikira okey jika dibandingkan berkhatan cara biasa atau laser yang berjahit. Mungkin perlu berpantang sehingga dua bulan sebelum benar-benar sembuh dan selamat 'digunakan'.

“Saya sudah jalani banyak prosedur keatas alat sulit saya tetapi kali ini sangat berbeza. Saya tidak rasa sakit, tiada pendarahan dan segalanya dilakukan dengan kemas dan bersih”
- Encik Zuk -