Berjalan Sebagai Latihan Legakan Sakit Lutut
Sakit lutut yang teruk menyebabkan seseorang itu berhenti berjalan tetapi tahukah anda sebenarnya berjalan adalah satu latihan untuk legakan sakit lutut.
Jika anda mengalami osteoartritis dan duduk diam dalam suatu tempoh anda akan rasa sakit sendi lutut bila mula-mula hendak bergerak.
Ini adalah "morning stiffness" atau kekakuan sendi akibat tidak bergerak setelah satu tempoh masa. Biasanya ia akan beransur lega selepas 1-2 jam.
Alhamdulillah sekarang saya sudah boleh membonceng motosikal bersama suami setelah menerima rawatan sakit lutut disini. Dulu setahun saya tidak boleh naik motosikal kerana lutut saya sangat sakit akibat osteoartritis.
Bagaimana Berjalan Legakan Sakit Lutut
Membina Kartilaj
Tisu kartilaj seperti span berfungsi menyerap hentakan. Tisu ini mendapat nutrien daripada aktiviti berjalan yang memberi kesan mampat dan nyah-mampat pada sendi.
Kuatkan Otot Kaki
Berjalan membina dan menguatkan otot kaki. Otot kuat menyokong sendi dan menampung berat badan, mengurangkan tekanan pada sendi dan akhirnya dapat mengurangkan sakit lutut.
Kuruskan Badan
Senaman yang berimpak rendah juga boleh mengurangkan berat badan. Setiap paun berat yang hilang dapat mengurangkan tekanan 4x ganda pada lutut dan legakan sakit.
Pastikan anda memakai kasut yang sesuai. Jika selepas berjalan lutut terasa sakit atau bengkak, cuba berbaring dan tinggikan sedikit kaki dan letak pek ais pada lutut.
Jika berjalan sangat menyakitkan, berjumpalah dengan doktor. Mungkin sendi lutut tidak sejajar dan memakai pendakap lutut boleh melegakan sakit lutut dan berjalan dengan selesa.
Rasa Lega Boleh Berjalan Laju Sekarang
Testimoni kami sekarang sudah boleh berjalan laju lepas menerima rawatan sakit lutut dari kami.
Berjalan Untuk Kekal Sihat
Bersenam secara istiqomah selama 30 minit sehari 3-4 hari seminggu bagus untuk kesihatan. Paling kurang pun berjalan 10 minit kesini kesana sekejap-sekejap pun bagus.
Jangan terlalu memaksa pada satu-satu masa sehinggakan esoknya lutut menjadi terlalu sakit serta bengkak dan terus berhenti berjalan selama beberapa hari.

Beberapa tanda amaran dimana anda perlu berhenti berjalan:
- Bengkak semakin bertambah
- Sakit yang amat sehingga tidak boleh berdiri sebelah kaki
- Rasa tidak seimbang macam mahu tumbang
- Sakit pada skala melebihi 4 atau 5 pada skala 1 hingga 10
Dapatkan rawatan sakit lutut dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda diatas agar ia tidak bertambah serius sehingga merosakkan sendi lutut.
Pakai Pendakap Lutut Bantu Berjalan Legakan Sakit

Ramai yang masih tidak tahu tentang kepentingan pendakap lutut osteoartritis. Mungkin juga kerana tidak tahu cara memilih pendakap lutut yang sesuai apatah lagi cara memakainya.
Pendakap lutut (knee brace) mestilah memberi fungsi mengurangkan bebanan kepada lutut bila dipakai (off loading) serta mengekalkan fungsi lutut.
Memakai pendakap lutut lebih baik daripada menggunakan tongkat kerana tongkat tidak ada fungsi 'off loading' tersebut. Gunalah pendakap lutut supaya anda dapat berjalan dengan lebih kerap tanpa sakit.
Ramai yang masih tidak tahu tentang kepentingan pendakap lutut osteoartritis. Mungkin juga kerana tidak tahu cara memilih pendakap lutut yang sesuai apatah lagi cara memakainya. Pendakap lutut (knee brace) mestilah memberi fungsi mengurangkan bebanan kepada lutut bila dipakai (off loading) serta mengekalkan fungsi lutut.
Memakai pendakap lutut lebih baik daripada menggunakan tongkat kerana tongkat tidak ada fungsi 'off loading' tersebut. Gunalah pendakap lutut supaya anda dapat berjalan dengan lebih kerap tanpa sakit.