Keadaan dimana kulit kulup zakar yang tidak boleh ditarik melepasi kepala zakar dinamakan fimosis (phimosis). Biasa juga dipanggil 'buta'.
Terdapat 3 Keadaan Phimosis:
- Tidak boleh menarik kulit kulup melepasi kepala zakar.
- Boleh ditarik sedikit tetapi sebahagian kepala zakar masih tertutup.
- Boleh ditarik habis tetapi merasa sakit kerana kulit kulup terlalu ketat.
Kesan Phimosis Adalah Seperti Berikut:
- Phimosis menyebabkan pancutan air kencing tidak lurus dan pecah menyebabkan percikan air kencing mengenai pakaian dan sebagainya.
- Seseorang yang mempunyai phimosis tidak dapat membersihkan bahagian dalam kulup menyebabkan air kencing yang bertakung dalam kulup menjadi kotor dan menggalakkan pembiakan bakteria, bau busuk, balanitis, prostatitis dan juga jangkitan saluran kencing.
- Melalui hubungan seksual, bakteria yang terdapat pada kulup zakar akan berjangkit kepada pasangan wanita. Ini menyebabkan jangkitan bakteria pada vagina (vaginitis), penyakit keradangan pelviks (pelvic inflammatory disease) dan jangkitan saluran kencing.
- Lelaki dengan masalah phimosis juga senang mendapat jangkitan bakteria daripada pasangan wanita melalui hubungan seks. Ia menyebabkan bau busuk, balanitis, radang prostat malah kencing kotor.
- Zakar phimosis sukar untuk dipakaikan kondom dan juga kondom mudah terlucut.
- Phimosi mengganggu ejakulasi kerana air mani yang terpancut terperangkap didalam kulup dan boleh mengakibatkan kurang subur.
- Disebabkan kepala zakar sentiasa dilitupi kulup kerana phimosis, ini menyebabkan kepala zakar menjadi terlalu sensitif malah lebih sensitif daripada zakar normal. Kepala zakar sangat sensitif, bila terdedah ia menyebabkan masalah ejakulasi pra-matang. Selepas bersunat, lapisan kulit kepala zakar menjadi lebih tebal dan kurang sensitif dan mengurangkan masalah ejakulasi pra-matang.
- Kanak-kanak, remaja atau lelaki dewasa dengan phimosis tidak dapat membersihkan kepala zakar dengan berkesan. Ini menyebabkan air kencing terperangkap dan pembiakan bakteria, berbau busuk, balanitis, prostatitis, dan kencing kotor. Selepas jangkitan dan keradangan, fibrosis, tisu parut yang terhasil akan menguncutkan kulit kulup, kepala zakar atau batang zakar. Ia mengakibatkan gangguan proses kencing, pertumbuhan zakar dan kecacatan seperti zakar bengkok ketika menegang.
- Penghidap phimosis mempunyai fizikal kemaluan yang tidak normal dan ia memberi kesan negatif kepada psikologi mereka.