
Disini saya beri 7 sebab kenapa susah nak tidur malam:
- 1Banyak mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi, nescafe atau coklat terutamanya selepas waktu petang.
- 2Mengambil makanan berat seperti makan malam sejam sebelum masuk waktu tidur.
- 3Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dekat dengan waktu tidur.
- 4Tidur siang terlalu banyak terutamanya selepas waktu zohor dan asar.
- 5Melakukan aktiviti atau kerja yang memerlukan banyak berfikir seperti kerja sehingga lewat malam.
- 6Terlalu banyak fikir seperti memikirkan masalah tempat kerja, masalah rumahtangga dan masalah kewangan.
- 7Mempunyai masalah kesihatan seperti sakit belakang, sakit artritis atau sakit mental seperti kemurungan dan sebagainya.
Ada ke rawatan susah tidur malam?
Jika anda mengalami masalah susah tidur mungkin anda menghidap penyakit insomnia. Sebaiknya anda berjumpa doktor untuk mencari punca sebenar dan diberi rawatan yang tepat.
Jika masalah sukar tidur disebabkan perkara 1-5 saya cadangkan anda ubah gaya hidup dan berhenti melakukannya.
Jika punca anda adalah nombor 6, saya nasihatkan anda mencari penyelesaian dengan segera kepada masalah yang anda sedang fikirkan.
Paling akhir. Sekiranya anda mempunyai masalah nombor 7, saya nasihatkan anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan dengan segera untuk penyakit yang anda sedang hidapi.